Thursday, January 27, 2011

ubat penenang

salam..
di pagi yang mulia..
dua orang kawan aq dah balik kg untuk bercuti..
dua orang lagi kawan aq dah bangun dr tido..
sorang kawan aq dah mula bertanya bila nak amik soalan esaimen kat bilik Dr.
huaaaaaaa....dan semua kawan-kawan aq diatas akan pergi ke library Um esok utk cari bahan..

2 minggu yang lepas berlalu dgn pelbagai babak-babak yang menarik..
babak-babak yang membuatkan si perilaku babak itu menjadi manusia yang byk pengalaman latar skemanya..
peristiwa-peristiwa seperti perkemahan kelana siswa, malam bersama Mawi, pencarian buku-buku yang x akan jumpa, ketidak cukupan tidur, kengantukan melampau di dalam kelas, penjelajahan ke RAwang, cerita cinta jiwa kacau sang Ratna-ika dan akhirnya bermandi-manda dalam hujan di Sg.Kalumpang serta makan nasi beriyani gam yang mahal dari konteks seorang pelajar..

sebenarnya,,apa yang ingin ditekankan disini ialah bagaimana keadaan-keadaan ini sebenarnya merupakan
UBAT PENENANG bagi aq dalam mengahadapi hari-hari aq sebagai seorang pelajar yang sedia maklum senang berasa bosan dan hilang fokus..
selain itu menjadi serbuk secukup perasa pada kehidupan aq di kampus..
menjadi penguat kepada apa-apa, mana-mana, rasa rendah diri yang aq alami..
dikelilingi kawan-kawan yang bermakna..

UBAT PENENANG apa yang orang lain gunakan ek?


bila susah hati ubat penenang nya ketawa sampai nampak gusi

ni lah ubat penenang di camping hari tu..bila da ssh hati sila la buat ini~

mereka juga ubat penenang di camping itu

bila mata tak tenang..aktiviti paling best boleh dibuat

cup cake= ubat penenang minggu ni..(abaikan coraknya)

bila kelas sampai kemuncak bosan..kamera nset cikai jadi ubt penenang..hehe

buku yang dikehendaki adalah ubat penenang tapi juga boleh jadi ubat pengacau minda..hahaha

makan-makan selepas mandi..cuba lihat sang ratna-ika dah tenang..kami la ubat penenangnya..hehehe

emmmm...sangat sedap nasi beriyani rm8 yang dari kontes pelajar ianya mahal~hahahah

1. byr segala hutang piutang pada hari ini..
2. esok pegi gedung ilmu
3. jom mandi!!!..hehehe

Thursday, January 13, 2011

tanpa kuliah..

hari ni bgun pagi
solat subuh
dan best, boleh sambung tido
pukul 9 bgun tido
terus on laptop (klu kat rumah,haram boley wat mcm ni)
bukak email..

mandi
facebooking dan blogwalking
sambil basuh baju di mesin basuh
masak tengahari..

tiba-tiba
emosi tidak stabil..tulis status kat fb "bila hati aq mula sakit dengan macam-macam benda"
teringat akan bola ping pong yang harus dibeli
buzz nabila di ym "nak beli bola ping pong x?"
"ok..kul 12.30 ,pegi pekan beli bola ping pong"

mula lah perjalanan ke Pekan TM
yes!bola ping pong dapat
duit dari bapak juga dah masuk "terima kasih bapak!!!"
nabila,dayah,nadia dan syira juga mendapat apa yg dimahu

seterusnya
minum di gerai cendol
maaf x mnum cendol..pening rasenya..
jadi mkn rojak je..
sedap..
cendol pulut : rm1.30
cendol special :rm 1.80
rojak biasa: rm2.80
kenyang~

mencari Bas U..
singgah sebentar di bunddle
tapi kami panggil SOGO.
dua buah beg vintage yang cantik dibeli nad dan dayah..
cantik..

bas sudah dtg..
pulang dan hujan pun turun
ohhh tanjung Malim memang wilayah yang sejuk dan sentiasa basah..




rojak yang sedap..ada telur,taugeh yang banyak, cucur yang garing dan kuah rojak yg superb!



kedai cendol tepi pekan tanjung malim sebelah KFC..

1. janji utk diri agar jimat lagi dan jimat lagi dan jimat lagi : jimat sehabis baik!
2. datang la wahai mood esaimen
3.emmmmmm....hari terbuka kolej2 sudah bermula..nafsu mesti dikawal!

Tuesday, January 11, 2011

kura-kura di sempadan sungai~

kelas dah masuk minggu ke-2..
esaimen sudah penuh di dalam "buku catatan patut buat" aq..
tapi tahap kerajinan masih di takuk yang lama..
malas yang agak mendadak..
yang kadang2 menyebabkan berat badan makin meningkat naik..
dan rasa diri ini seperti baju yg belum dibasuh lagi..
momen momen sibuk sudah mula menampakkan diri..
duit pemberian bapak tercinta semakin kering..
tabung PTPTN masih tidak terisi lagi..
teman-teman keliling yang gembira dan gila-gila..
kejutan bahasa di dalam kelas sejarah..
cuaca tempat belajar seperti di belajar di Harvard..
motivasi diri sudah mula menaiki tangga..
mahu derma darah tapi takut..
dihalang juga oleh bunda terchinta dan kawan disayangi..
dan cerita chinta 2010 dapat diluputkan..
dengan ini..saya sedar siapa saya~..
gembira dengan apa yang berlaku..
sebab sesungguhnya pengalaman mengajar segala-galanya..






tabiat suka ambil gambar ketika kuliah..itu tandanya bila kuliah sudah mula membosankan.


1. mood: sangat gembira!..ternanti2 dengan bakal kesibukan.
2. mahu skor A dlm subjek Dr.Ahmad..(aminnnn)
3. owhh...duit..biasiswa..boleh kah kamu menerima aq?