Thursday, December 30, 2010

selamat jalan 2010



1.bosan gilaaaaaaaa!!
2. bila mereka2 ni nk balikkk
3.sbb bosan..aq x ada idea....hahahah...
4.da separuh gila ni~:P

Thursday, December 23, 2010

blues clues..blues gang..blues crew...

salam.
berikut adalah gambar-gambar yang berjaya ditangkap ketika majlis resepsi di sebelah lelaki iaitu di Pulai Perdana, JB. hari tu rasa macam perkahwinan bertemakan pemandangan di bawah laut kerana warna tema yang terlalu biru turqoise. majlis memang meriah dengan kazen2 ku sendiri serta wak-wak (pakcik makcik) ku bergotong royong, rewang bersama. membasuh pinggan dan menyediakan air serta mak yang masak makan damai hari itu. sangat meriah. dan hari itu aq menjadi fotografer yang tidak bertauliah setelah si empunya tukang kamera kazen ku faiz terpaksa bertugas di bahagian air..hehe..jadi aq apa lagi..lenjan saja sama kamera itu.!..hasilnya...dibawah.




ini lah keluarga pengantin.itu cik dani,mak yah.apin dan kak julie..serta pengantin abg tam dan kak maziah..wecome to our family kak maziah~hehe

hanya sebahagian sepupu perempuan dan makcik2 saya..meriahnya mereka..sangat biruuu!!

ini lah generasi ke-4 keluarga Siren dan Maimunah..chomel-chomel~

ok...ini sepupu lelaki n abg ku a.k.a bonzer2 jawa~rewang jgn x rewang~

cuci jgn x cuci..

bukti aq wat keje..x tipu kn..lihat kamera yg malang hari tu sbb di tgn aq dan kazen saya fazlina serta baju sponsor kami berwarna biru dan kilat!..hehehehe


1. kenduri kawen dlm family yg pertama kali menggunakan khidmat tenaga family utk rewang sepenuhnya~hehe..
2. x dapat jumpa abg kamera lagi..huahahahah..gatal!
3. aq x suka biru tp biru pada hari tu cantik pula~

Wednesday, December 15, 2010

mereka yang berkhahwin saya tumpang berangan~

salam.
cuti semester kali ni tidak membosankan
sebab dipenuhi dengan majlis perkahwinan sepupu, yang dimana perlu menghantar pengantin menaiki bas keluarga...bagiku kira ni family day yang x dirancang.
kenduri sambil bercuti..sambil meneguk air ,kunyah nata de coco..

bercerita pasal perkahwinan.semestinya cuti sekolah adalah masa yang sesuai
jadi bukan sahaja kad2 kahwin penuh di meja ruang tamu rumah malah di kaca tv pun sibuk pasal baju pengantin (ye ke?biar bg gempak skit).di surat khabar pun. ade rancangan Gerbang Cinta.pasal pengantin

Gerbang Cinta.
satu peraduan anjuran Mega - Utusan Malaysia. memberi peluang kepada bakal2 pengantin kahwin free...hahahaha....eh! seyes peraduan ni sweet sgt.peserta-peserta dia semua berkaliber. bukan kahwin free bermaksud peserta terdiri daripada remaja terlanjur atau kak limah(bukan nama sebenar) kawen duda atau pak kordi(bukan nama sebenar) dan gadis 12 tahun..

peserta-peserta ni terdiri daripada doktor,jurutera, pelajar IPTA, penjawat awam,akauntan, bakal guru (eh?mcm saya?),pereka laman web. tapi yang penting mereka bekerjaya dan dilihat mempunyai tokoh pemimpin keluarga yang mithali.
lagi satu.apa yang menarik pasal mereka2 ini ialah kisah cinta mereka.wah!.
ada tu bercinta dari zaman persekolahan. ada tu bercinta di tempat kerja dan ada tu bercinta ketika sama-sama menuntut di IPTA. ada tu satu kelas tapi x pernah bertegur sapa,bila dah graduate baru berhubung (ini saya suka~).

em itu cerita mereka.
cerita aq pula?..boley x aq reka sendiri?
- walaupun mereka satu kelas dan satu course pengajian di Universiti, mereka langsung tidak pernah bercinta. Ini kerana sikap rendah diri cik Mata(bukan nama sebenar) menyebabkan dia memendam perasaan.namun setelah tamat pengajian dan di tugaskan di sekolah yang sama menyebabkan hubungan mereka rapat dan akhirnya mengikat kepada tali pertunangan. "saya menyukai cik mata sebab dia bijak dalam menjaga perasaan orang" ujar en.hati menamatkan perbualan kami.. (ok tentu2 ini tipu) (gelak kuat-kuat sampai keluar air mata)..(ini fantasi je).
..............

lepas baca surat khabar. tengok tv. ada siaran ulangan mari menari. tema nya owh cinta. eik?. asik cinta je. ok aq tonton juga.sbb x tengok part ni lagi. emm best la tarian mereka kali ni. menusuk kalbu. kalau aq menari macam tu dengan pasangan mesti romantik..hahahahahaharaammm jadahh. (reti pula kau ainon!)..ok.ini fantasi lagi
......
ok..aq da sampai tahap harus cari pasangan.bukan sunat atau wajib..(ceh ini bukan hukum berkahwin ea)..bukan mencari pasangan untuk berkapel tapi mencari senarai je..bila tiba masa baru bagitau. ahaha...(ini tipu)..
percayalah.jodoh tidak kemana.tidak perlu bersusah2!..

~~~~
eh ok..
walaupun cuti ni penuh dengan pengantin (eik?) dan x bosan tapi semangat nak balik tanjung malim tetap ada dan membuak-buak. (ye ke?)..hahahaha..


ini gambar sepupu saya yang diceritakan tu..cantik bukan..kredit to photgrhper nyer encik mike
(klik name dia)..maaf saya curi tanpa pengetahuan anda..seyesly memang shantikkkk~
..disebabkan gambar curi, gambarnye jadi kecik.


out
1. nnt nak upload pic pegi manjung dan wedding tam.
2. suka tengok fotographer yang amik pic org kawen dari dulu sampai sekarang.
3. aq jumpa minat baru iaitu ambil gambar.

Thursday, December 9, 2010

kelab muzik ringan bukan jajan~

K -ON light music club
apakah?
bukan makanan ringan tapi kelab muzik ringan
adakah?
tidak. bukan aq nak tubuhkan kelab begini di sekolah bila aq mengajar nanti.(tp mcm best klu ade kelab ni kelak)
kenapakah?
haha...diam. ini adalah tajuk katun manga yang aq suka tengok.


ini dia K -ON.
watak : dari kiri Mugi, Yui, Mio, Ritsu dan yang dikepit itu Azusa Chan.
sinopsis : mengisahkan ketekunan pelajar-pelajar yang berminat pada muzik. yang berdiri sendiri bagi meningkatkan lagi nama kelab mereka.memaparkan semangat setiakawan dan kekeluargaan. sangat seronok dan penuh dengan aksi mencuit hati (kelakar) serta comel.tambah lagi diselitkan juga musik video lagu-lagu mereka yang best.x rugi untuk ditonton.







alangkah bagusnya masa sekolah dulu ada kelab macam ni. gerenti aq merupakan pelajar paling rajin pergi kokurikulum setiap hari sabtu. hihihi.
kartun ni da masuk season ke-2 dan mungkin itu yang terakhir.
aq dalam proses mencari dan mengushar vcd certia ini di kedai.
ada sesiapa yang jumpa?...(siapa yang bace blog ko?.merenung lantai. huk huk~)
sila beritahu ek. 012- #######....mcm biasa.msj ek. (hahaha..bajet ko hot!)




out
1. nak sangat koleksi cerita ini
2. i want it damn much this K-ON
3. nak!nak!nak!nak!naK!...K-ON

Monday, December 6, 2010

rasa diri mereka bagus padahal jual tiket bas je~

Kepada semua umat islam
salam maal hijrah 1432
moga tahun baru ini lebih baik daripada yang lepas
~
~

tiba-tiba teringat berkaitan perbualan aq semalam dgn seorang makcik di bukit jalil
perjalanan pulang ke Johor yang memenatkan dan mengantukkan ditambah perisan dgn pelbagai ragam manusia.

makcik : senyum
aq : senyum
makcik : adik ni nak balik mane?
aq : balik umh di johor makcik
makcik : owhh...diam...(mkcik seperti mahu berkata-kata tp aq acuh x acuh)
aq : makcik dari mane nak kemana?
makcik : makcik nk ke johor juga..ke Kluang rumah anak..(mengeluh)
aq : owh..
~diam~
makcik : makcik geram betul dengan penjual tiket tu!.
aq : kenapa ye? (terkejot)
makcik : ada ke patut makcik mintak 1 tiket dwasa,2 tiket kanak2. die bagi 2 tiket dewasa 2 tiket kanak2. dah la tiket dewasa mahal. lepas tu makcik beritahu yang dia slh dengar, tp dia x nk mengaku. !..lepas tu bukan nak mintak maaf. lagi dia yang salahkan makcik. macam mana lah dia x salah dengar. asyik mengunyah gula getah je..ei #$%..(mencarut)
aq : err...sabar je la makcik. pekerja tiket kat sini mmg macam tu. x reti nk jaga perlakuan dgn pelanggan.
makcik : mentang2 lah kita ni perempuan!.senang la dia nk buli kita!.apa ingat dia kebal sangat!pukul ngn kayu berkecai kepala tu nanti
aq: sabar lah makcik (dlm hati: wah!ganas makcik ni)
makcik : tu la pasal.dah lah bas pukul 2.lama makcik nk tggu. ha! ni ank mkcik, yg bongsu dgn pengapit bongsu.
aq: tengok. owh~. saya pun dah lama di sini dari pukul 9.30 tadi.mcm ni lah makcik.lain kali makcik naik kereta api sahaja. kan senang.
makcik : iye kan.x terpikir makcik.
aq: senyum



kesian sebenarnya aq tengok makcik tu.cuba kalau itu terjadi kat mak korang yang ketika itu nk pegi menjenguk korang kat umh.sedih bukan?. tapi apa yang mampu aq lakukan. kalau lah kejadian tu di tempat lain.mungkin aq berani mahu menolong makcik tu.sekurang-kurangnya "maaf" daripada penjual tiket. tapi itu KL.
rasa nya semua sedia maklum dengan perkhidmatan pelanggan yang x mesra alam di bukit Jalil. lagi-lagi mereka yang bekerja di kaunter tiket. bila pelanggan bertanya. dijawabnya acuh x acuh. paling teruk dimarahinya pula. kalau yang jual tiket bukn dikaunter pula.bukn main manis mulut. tapi bila x dilayan ( x mahu beli tiket yg ditawarkan) mula la dia menarik muka dan kadang2 di kutuk pula. belum lagi masalah tempat duduk di dalam bas.lain tulis di tiket.lain pula yang dapat.perkhidmatan bas yang popular juga begini.

disebabkan ini lah aq suka menaiki kereta api.
walaupun lambat tapi puas hati.
walaupun pensyarah aq ketawakan pasal kereta api tanah melayu.
tapi aq bangga sebab dgn kereta api x perlu aq berpeloh2, bersesak2, berhimpit2 dengan bukan warganegara yang pelik~
ahh..kalaulah aq beli tiket awal hari tu.
mesti aq x mengalami pengalamn dgn makcik yg menyedihkan itu


out
1. mengantuk masa tggu bas smpi aq terhangguk2 di tempat menunggu. malu.
2. mesti makcik tu da sampai umh anak dia.dan dia mesti ceritakan pada anak dia
3. x sabar menuggu jumaat ini.mahu pegi perak!..sepupu kawen~