Monday, December 6, 2010

rasa diri mereka bagus padahal jual tiket bas je~

Kepada semua umat islam
salam maal hijrah 1432
moga tahun baru ini lebih baik daripada yang lepas
~
~

tiba-tiba teringat berkaitan perbualan aq semalam dgn seorang makcik di bukit jalil
perjalanan pulang ke Johor yang memenatkan dan mengantukkan ditambah perisan dgn pelbagai ragam manusia.

makcik : senyum
aq : senyum
makcik : adik ni nak balik mane?
aq : balik umh di johor makcik
makcik : owhh...diam...(mkcik seperti mahu berkata-kata tp aq acuh x acuh)
aq : makcik dari mane nak kemana?
makcik : makcik nk ke johor juga..ke Kluang rumah anak..(mengeluh)
aq : owh..
~diam~
makcik : makcik geram betul dengan penjual tiket tu!.
aq : kenapa ye? (terkejot)
makcik : ada ke patut makcik mintak 1 tiket dwasa,2 tiket kanak2. die bagi 2 tiket dewasa 2 tiket kanak2. dah la tiket dewasa mahal. lepas tu makcik beritahu yang dia slh dengar, tp dia x nk mengaku. !..lepas tu bukan nak mintak maaf. lagi dia yang salahkan makcik. macam mana lah dia x salah dengar. asyik mengunyah gula getah je..ei #$%..(mencarut)
aq : err...sabar je la makcik. pekerja tiket kat sini mmg macam tu. x reti nk jaga perlakuan dgn pelanggan.
makcik : mentang2 lah kita ni perempuan!.senang la dia nk buli kita!.apa ingat dia kebal sangat!pukul ngn kayu berkecai kepala tu nanti
aq: sabar lah makcik (dlm hati: wah!ganas makcik ni)
makcik : tu la pasal.dah lah bas pukul 2.lama makcik nk tggu. ha! ni ank mkcik, yg bongsu dgn pengapit bongsu.
aq: tengok. owh~. saya pun dah lama di sini dari pukul 9.30 tadi.mcm ni lah makcik.lain kali makcik naik kereta api sahaja. kan senang.
makcik : iye kan.x terpikir makcik.
aq: senyum



kesian sebenarnya aq tengok makcik tu.cuba kalau itu terjadi kat mak korang yang ketika itu nk pegi menjenguk korang kat umh.sedih bukan?. tapi apa yang mampu aq lakukan. kalau lah kejadian tu di tempat lain.mungkin aq berani mahu menolong makcik tu.sekurang-kurangnya "maaf" daripada penjual tiket. tapi itu KL.
rasa nya semua sedia maklum dengan perkhidmatan pelanggan yang x mesra alam di bukit Jalil. lagi-lagi mereka yang bekerja di kaunter tiket. bila pelanggan bertanya. dijawabnya acuh x acuh. paling teruk dimarahinya pula. kalau yang jual tiket bukn dikaunter pula.bukn main manis mulut. tapi bila x dilayan ( x mahu beli tiket yg ditawarkan) mula la dia menarik muka dan kadang2 di kutuk pula. belum lagi masalah tempat duduk di dalam bas.lain tulis di tiket.lain pula yang dapat.perkhidmatan bas yang popular juga begini.

disebabkan ini lah aq suka menaiki kereta api.
walaupun lambat tapi puas hati.
walaupun pensyarah aq ketawakan pasal kereta api tanah melayu.
tapi aq bangga sebab dgn kereta api x perlu aq berpeloh2, bersesak2, berhimpit2 dengan bukan warganegara yang pelik~
ahh..kalaulah aq beli tiket awal hari tu.
mesti aq x mengalami pengalamn dgn makcik yg menyedihkan itu


out
1. mengantuk masa tggu bas smpi aq terhangguk2 di tempat menunggu. malu.
2. mesti makcik tu da sampai umh anak dia.dan dia mesti ceritakan pada anak dia
3. x sabar menuggu jumaat ini.mahu pegi perak!..sepupu kawen~

2 comments: