Thursday, January 27, 2011

ubat penenang

salam..
di pagi yang mulia..
dua orang kawan aq dah balik kg untuk bercuti..
dua orang lagi kawan aq dah bangun dr tido..
sorang kawan aq dah mula bertanya bila nak amik soalan esaimen kat bilik Dr.
huaaaaaaa....dan semua kawan-kawan aq diatas akan pergi ke library Um esok utk cari bahan..

2 minggu yang lepas berlalu dgn pelbagai babak-babak yang menarik..
babak-babak yang membuatkan si perilaku babak itu menjadi manusia yang byk pengalaman latar skemanya..
peristiwa-peristiwa seperti perkemahan kelana siswa, malam bersama Mawi, pencarian buku-buku yang x akan jumpa, ketidak cukupan tidur, kengantukan melampau di dalam kelas, penjelajahan ke RAwang, cerita cinta jiwa kacau sang Ratna-ika dan akhirnya bermandi-manda dalam hujan di Sg.Kalumpang serta makan nasi beriyani gam yang mahal dari konteks seorang pelajar..

sebenarnya,,apa yang ingin ditekankan disini ialah bagaimana keadaan-keadaan ini sebenarnya merupakan
UBAT PENENANG bagi aq dalam mengahadapi hari-hari aq sebagai seorang pelajar yang sedia maklum senang berasa bosan dan hilang fokus..
selain itu menjadi serbuk secukup perasa pada kehidupan aq di kampus..
menjadi penguat kepada apa-apa, mana-mana, rasa rendah diri yang aq alami..
dikelilingi kawan-kawan yang bermakna..

UBAT PENENANG apa yang orang lain gunakan ek?


bila susah hati ubat penenang nya ketawa sampai nampak gusi

ni lah ubat penenang di camping hari tu..bila da ssh hati sila la buat ini~

mereka juga ubat penenang di camping itu

bila mata tak tenang..aktiviti paling best boleh dibuat

cup cake= ubat penenang minggu ni..(abaikan coraknya)

bila kelas sampai kemuncak bosan..kamera nset cikai jadi ubt penenang..hehe

buku yang dikehendaki adalah ubat penenang tapi juga boleh jadi ubat pengacau minda..hahaha

makan-makan selepas mandi..cuba lihat sang ratna-ika dah tenang..kami la ubat penenangnya..hehehe

emmmm...sangat sedap nasi beriyani rm8 yang dari kontes pelajar ianya mahal~hahahah

1. byr segala hutang piutang pada hari ini..
2. esok pegi gedung ilmu
3. jom mandi!!!..hehehe

Thursday, January 13, 2011

tanpa kuliah..

hari ni bgun pagi
solat subuh
dan best, boleh sambung tido
pukul 9 bgun tido
terus on laptop (klu kat rumah,haram boley wat mcm ni)
bukak email..

mandi
facebooking dan blogwalking
sambil basuh baju di mesin basuh
masak tengahari..

tiba-tiba
emosi tidak stabil..tulis status kat fb "bila hati aq mula sakit dengan macam-macam benda"
teringat akan bola ping pong yang harus dibeli
buzz nabila di ym "nak beli bola ping pong x?"
"ok..kul 12.30 ,pegi pekan beli bola ping pong"

mula lah perjalanan ke Pekan TM
yes!bola ping pong dapat
duit dari bapak juga dah masuk "terima kasih bapak!!!"
nabila,dayah,nadia dan syira juga mendapat apa yg dimahu

seterusnya
minum di gerai cendol
maaf x mnum cendol..pening rasenya..
jadi mkn rojak je..
sedap..
cendol pulut : rm1.30
cendol special :rm 1.80
rojak biasa: rm2.80
kenyang~

mencari Bas U..
singgah sebentar di bunddle
tapi kami panggil SOGO.
dua buah beg vintage yang cantik dibeli nad dan dayah..
cantik..

bas sudah dtg..
pulang dan hujan pun turun
ohhh tanjung Malim memang wilayah yang sejuk dan sentiasa basah..




rojak yang sedap..ada telur,taugeh yang banyak, cucur yang garing dan kuah rojak yg superb!



kedai cendol tepi pekan tanjung malim sebelah KFC..

1. janji utk diri agar jimat lagi dan jimat lagi dan jimat lagi : jimat sehabis baik!
2. datang la wahai mood esaimen
3.emmmmmm....hari terbuka kolej2 sudah bermula..nafsu mesti dikawal!

Tuesday, January 11, 2011

kura-kura di sempadan sungai~

kelas dah masuk minggu ke-2..
esaimen sudah penuh di dalam "buku catatan patut buat" aq..
tapi tahap kerajinan masih di takuk yang lama..
malas yang agak mendadak..
yang kadang2 menyebabkan berat badan makin meningkat naik..
dan rasa diri ini seperti baju yg belum dibasuh lagi..
momen momen sibuk sudah mula menampakkan diri..
duit pemberian bapak tercinta semakin kering..
tabung PTPTN masih tidak terisi lagi..
teman-teman keliling yang gembira dan gila-gila..
kejutan bahasa di dalam kelas sejarah..
cuaca tempat belajar seperti di belajar di Harvard..
motivasi diri sudah mula menaiki tangga..
mahu derma darah tapi takut..
dihalang juga oleh bunda terchinta dan kawan disayangi..
dan cerita chinta 2010 dapat diluputkan..
dengan ini..saya sedar siapa saya~..
gembira dengan apa yang berlaku..
sebab sesungguhnya pengalaman mengajar segala-galanya..






tabiat suka ambil gambar ketika kuliah..itu tandanya bila kuliah sudah mula membosankan.


1. mood: sangat gembira!..ternanti2 dengan bakal kesibukan.
2. mahu skor A dlm subjek Dr.Ahmad..(aminnnn)
3. owhh...duit..biasiswa..boleh kah kamu menerima aq?

Thursday, December 30, 2010

selamat jalan 2010



1.bosan gilaaaaaaaa!!
2. bila mereka2 ni nk balikkk
3.sbb bosan..aq x ada idea....hahahah...
4.da separuh gila ni~:P

Thursday, December 23, 2010

blues clues..blues gang..blues crew...

salam.
berikut adalah gambar-gambar yang berjaya ditangkap ketika majlis resepsi di sebelah lelaki iaitu di Pulai Perdana, JB. hari tu rasa macam perkahwinan bertemakan pemandangan di bawah laut kerana warna tema yang terlalu biru turqoise. majlis memang meriah dengan kazen2 ku sendiri serta wak-wak (pakcik makcik) ku bergotong royong, rewang bersama. membasuh pinggan dan menyediakan air serta mak yang masak makan damai hari itu. sangat meriah. dan hari itu aq menjadi fotografer yang tidak bertauliah setelah si empunya tukang kamera kazen ku faiz terpaksa bertugas di bahagian air..hehe..jadi aq apa lagi..lenjan saja sama kamera itu.!..hasilnya...dibawah.




ini lah keluarga pengantin.itu cik dani,mak yah.apin dan kak julie..serta pengantin abg tam dan kak maziah..wecome to our family kak maziah~hehe

hanya sebahagian sepupu perempuan dan makcik2 saya..meriahnya mereka..sangat biruuu!!

ini lah generasi ke-4 keluarga Siren dan Maimunah..chomel-chomel~

ok...ini sepupu lelaki n abg ku a.k.a bonzer2 jawa~rewang jgn x rewang~

cuci jgn x cuci..

bukti aq wat keje..x tipu kn..lihat kamera yg malang hari tu sbb di tgn aq dan kazen saya fazlina serta baju sponsor kami berwarna biru dan kilat!..hehehehe


1. kenduri kawen dlm family yg pertama kali menggunakan khidmat tenaga family utk rewang sepenuhnya~hehe..
2. x dapat jumpa abg kamera lagi..huahahahah..gatal!
3. aq x suka biru tp biru pada hari tu cantik pula~

Wednesday, December 15, 2010

mereka yang berkhahwin saya tumpang berangan~

salam.
cuti semester kali ni tidak membosankan
sebab dipenuhi dengan majlis perkahwinan sepupu, yang dimana perlu menghantar pengantin menaiki bas keluarga...bagiku kira ni family day yang x dirancang.
kenduri sambil bercuti..sambil meneguk air ,kunyah nata de coco..

bercerita pasal perkahwinan.semestinya cuti sekolah adalah masa yang sesuai
jadi bukan sahaja kad2 kahwin penuh di meja ruang tamu rumah malah di kaca tv pun sibuk pasal baju pengantin (ye ke?biar bg gempak skit).di surat khabar pun. ade rancangan Gerbang Cinta.pasal pengantin

Gerbang Cinta.
satu peraduan anjuran Mega - Utusan Malaysia. memberi peluang kepada bakal2 pengantin kahwin free...hahahaha....eh! seyes peraduan ni sweet sgt.peserta-peserta dia semua berkaliber. bukan kahwin free bermaksud peserta terdiri daripada remaja terlanjur atau kak limah(bukan nama sebenar) kawen duda atau pak kordi(bukan nama sebenar) dan gadis 12 tahun..

peserta-peserta ni terdiri daripada doktor,jurutera, pelajar IPTA, penjawat awam,akauntan, bakal guru (eh?mcm saya?),pereka laman web. tapi yang penting mereka bekerjaya dan dilihat mempunyai tokoh pemimpin keluarga yang mithali.
lagi satu.apa yang menarik pasal mereka2 ini ialah kisah cinta mereka.wah!.
ada tu bercinta dari zaman persekolahan. ada tu bercinta di tempat kerja dan ada tu bercinta ketika sama-sama menuntut di IPTA. ada tu satu kelas tapi x pernah bertegur sapa,bila dah graduate baru berhubung (ini saya suka~).

em itu cerita mereka.
cerita aq pula?..boley x aq reka sendiri?
- walaupun mereka satu kelas dan satu course pengajian di Universiti, mereka langsung tidak pernah bercinta. Ini kerana sikap rendah diri cik Mata(bukan nama sebenar) menyebabkan dia memendam perasaan.namun setelah tamat pengajian dan di tugaskan di sekolah yang sama menyebabkan hubungan mereka rapat dan akhirnya mengikat kepada tali pertunangan. "saya menyukai cik mata sebab dia bijak dalam menjaga perasaan orang" ujar en.hati menamatkan perbualan kami.. (ok tentu2 ini tipu) (gelak kuat-kuat sampai keluar air mata)..(ini fantasi je).
..............

lepas baca surat khabar. tengok tv. ada siaran ulangan mari menari. tema nya owh cinta. eik?. asik cinta je. ok aq tonton juga.sbb x tengok part ni lagi. emm best la tarian mereka kali ni. menusuk kalbu. kalau aq menari macam tu dengan pasangan mesti romantik..hahahahahaharaammm jadahh. (reti pula kau ainon!)..ok.ini fantasi lagi
......
ok..aq da sampai tahap harus cari pasangan.bukan sunat atau wajib..(ceh ini bukan hukum berkahwin ea)..bukan mencari pasangan untuk berkapel tapi mencari senarai je..bila tiba masa baru bagitau. ahaha...(ini tipu)..
percayalah.jodoh tidak kemana.tidak perlu bersusah2!..

~~~~
eh ok..
walaupun cuti ni penuh dengan pengantin (eik?) dan x bosan tapi semangat nak balik tanjung malim tetap ada dan membuak-buak. (ye ke?)..hahahaha..


ini gambar sepupu saya yang diceritakan tu..cantik bukan..kredit to photgrhper nyer encik mike
(klik name dia)..maaf saya curi tanpa pengetahuan anda..seyesly memang shantikkkk~
..disebabkan gambar curi, gambarnye jadi kecik.


out
1. nnt nak upload pic pegi manjung dan wedding tam.
2. suka tengok fotographer yang amik pic org kawen dari dulu sampai sekarang.
3. aq jumpa minat baru iaitu ambil gambar.

Thursday, December 9, 2010

kelab muzik ringan bukan jajan~

K -ON light music club
apakah?
bukan makanan ringan tapi kelab muzik ringan
adakah?
tidak. bukan aq nak tubuhkan kelab begini di sekolah bila aq mengajar nanti.(tp mcm best klu ade kelab ni kelak)
kenapakah?
haha...diam. ini adalah tajuk katun manga yang aq suka tengok.


ini dia K -ON.
watak : dari kiri Mugi, Yui, Mio, Ritsu dan yang dikepit itu Azusa Chan.
sinopsis : mengisahkan ketekunan pelajar-pelajar yang berminat pada muzik. yang berdiri sendiri bagi meningkatkan lagi nama kelab mereka.memaparkan semangat setiakawan dan kekeluargaan. sangat seronok dan penuh dengan aksi mencuit hati (kelakar) serta comel.tambah lagi diselitkan juga musik video lagu-lagu mereka yang best.x rugi untuk ditonton.







alangkah bagusnya masa sekolah dulu ada kelab macam ni. gerenti aq merupakan pelajar paling rajin pergi kokurikulum setiap hari sabtu. hihihi.
kartun ni da masuk season ke-2 dan mungkin itu yang terakhir.
aq dalam proses mencari dan mengushar vcd certia ini di kedai.
ada sesiapa yang jumpa?...(siapa yang bace blog ko?.merenung lantai. huk huk~)
sila beritahu ek. 012- #######....mcm biasa.msj ek. (hahaha..bajet ko hot!)




out
1. nak sangat koleksi cerita ini
2. i want it damn much this K-ON
3. nak!nak!nak!nak!naK!...K-ON

Monday, December 6, 2010

rasa diri mereka bagus padahal jual tiket bas je~

Kepada semua umat islam
salam maal hijrah 1432
moga tahun baru ini lebih baik daripada yang lepas
~
~

tiba-tiba teringat berkaitan perbualan aq semalam dgn seorang makcik di bukit jalil
perjalanan pulang ke Johor yang memenatkan dan mengantukkan ditambah perisan dgn pelbagai ragam manusia.

makcik : senyum
aq : senyum
makcik : adik ni nak balik mane?
aq : balik umh di johor makcik
makcik : owhh...diam...(mkcik seperti mahu berkata-kata tp aq acuh x acuh)
aq : makcik dari mane nak kemana?
makcik : makcik nk ke johor juga..ke Kluang rumah anak..(mengeluh)
aq : owh..
~diam~
makcik : makcik geram betul dengan penjual tiket tu!.
aq : kenapa ye? (terkejot)
makcik : ada ke patut makcik mintak 1 tiket dwasa,2 tiket kanak2. die bagi 2 tiket dewasa 2 tiket kanak2. dah la tiket dewasa mahal. lepas tu makcik beritahu yang dia slh dengar, tp dia x nk mengaku. !..lepas tu bukan nak mintak maaf. lagi dia yang salahkan makcik. macam mana lah dia x salah dengar. asyik mengunyah gula getah je..ei #$%..(mencarut)
aq : err...sabar je la makcik. pekerja tiket kat sini mmg macam tu. x reti nk jaga perlakuan dgn pelanggan.
makcik : mentang2 lah kita ni perempuan!.senang la dia nk buli kita!.apa ingat dia kebal sangat!pukul ngn kayu berkecai kepala tu nanti
aq: sabar lah makcik (dlm hati: wah!ganas makcik ni)
makcik : tu la pasal.dah lah bas pukul 2.lama makcik nk tggu. ha! ni ank mkcik, yg bongsu dgn pengapit bongsu.
aq: tengok. owh~. saya pun dah lama di sini dari pukul 9.30 tadi.mcm ni lah makcik.lain kali makcik naik kereta api sahaja. kan senang.
makcik : iye kan.x terpikir makcik.
aq: senyum



kesian sebenarnya aq tengok makcik tu.cuba kalau itu terjadi kat mak korang yang ketika itu nk pegi menjenguk korang kat umh.sedih bukan?. tapi apa yang mampu aq lakukan. kalau lah kejadian tu di tempat lain.mungkin aq berani mahu menolong makcik tu.sekurang-kurangnya "maaf" daripada penjual tiket. tapi itu KL.
rasa nya semua sedia maklum dengan perkhidmatan pelanggan yang x mesra alam di bukit Jalil. lagi-lagi mereka yang bekerja di kaunter tiket. bila pelanggan bertanya. dijawabnya acuh x acuh. paling teruk dimarahinya pula. kalau yang jual tiket bukn dikaunter pula.bukn main manis mulut. tapi bila x dilayan ( x mahu beli tiket yg ditawarkan) mula la dia menarik muka dan kadang2 di kutuk pula. belum lagi masalah tempat duduk di dalam bas.lain tulis di tiket.lain pula yang dapat.perkhidmatan bas yang popular juga begini.

disebabkan ini lah aq suka menaiki kereta api.
walaupun lambat tapi puas hati.
walaupun pensyarah aq ketawakan pasal kereta api tanah melayu.
tapi aq bangga sebab dgn kereta api x perlu aq berpeloh2, bersesak2, berhimpit2 dengan bukan warganegara yang pelik~
ahh..kalaulah aq beli tiket awal hari tu.
mesti aq x mengalami pengalamn dgn makcik yg menyedihkan itu


out
1. mengantuk masa tggu bas smpi aq terhangguk2 di tempat menunggu. malu.
2. mesti makcik tu da sampai umh anak dia.dan dia mesti ceritakan pada anak dia
3. x sabar menuggu jumaat ini.mahu pegi perak!..sepupu kawen~

Monday, November 29, 2010

cantik~

orang kata yang cantik itu mahal. yang buruk itu murah.

orang kata yang cantik itu berkualiti. yang buruk itu tidak.

orang kata yang buruk itu pelik. yang cantik itu menawan.

memang itu yang orang kata. saya juga.

tapi sebenarnya tidak juga.dan itu semua orang juga tahu dan kata.

boleh jadi..

yang cantik itu murah. yang buruk itu mahal.

yang buruk itu berkualiti. yang cantik itu tidak.

yang buruk itu menawan. yang cantik itu pelik.

terserah pada mata anda. rupa diluar tidak menggambarkan yang didalam.




out 4.52 A.m
1. entry ini berdasarkan pengalaman sendiri.
2. kwn lawan jantina saya, suka tgok perempuan yang cantik sahaja. cemburu~hihihi
3. aien kata jgn beli yg jenama shj.yg x de brand pun cntik. ok!setuju sgt.

Sunday, November 28, 2010

wuhuuu!!


ok...ape ini?...huhu
ini adalah award utk saya dari fadz mahad(klik name die utk tgok blog die)
oyeah~..trimas to u fadz...trimas...
nak kate blog sy cntik...hahah..sgt bersisi gelap kot...
tp bangge kot..hahaha..

ok la jwb soalan dulu.
1. berikan nickname sy
-ainon or neneng

2.ucpn utk pemberi award.
terimas eh,,trimas sgt~

3.6 fav artis i like
- bob marley, butterfinggers, yuna, couiple, p.ramlee, zee avi.

out for mkn spaghetti buatn sendiri.

Friday, November 26, 2010

dari budak comot ke gadis ^^


ada sorg budak comot.

budak comot tu, nak mandi pun mls, nak ngaji lagi la.

budak comot tu suke nangis bile bangun dari tidur.

budak comot tu x suke kemas rumh. lipat kain dan bantu mak apatah lagi.

budak comot tu suka naik basikal petang2 + lepas tangan dan terkehel. merayau satu taman . main lari-lari dgn budak comot yg lain. main nyorok2 . main baling2 selipar . main bwh jmbtn. main buai sampai jatuh. kena kejar anjing . gaduh dgn abang2. mcm2 lagi.

budak comot tu x kisah pun mcm ne rupe paras die. tp budak comot suke melaram baju cantik2.

budak comot tu,suke gadoh dgn budak laki. suka jadi leader kwn2 pempuan. dulu nye seksis.

budak comot sgt jujur.

tp sekarang budak comot dah jadi gadis.

menjadi gadis yang matang pemikirannya.

menjadi gadis yang ada tanggungjawabnya tersendiri.

menjadi gadis yang ingin menjadi contoh dan ikutan.

menjadi gadis yang mendengar cakap mak bapak dan berbaik2 dgn abang2.

gadis itu sudah rajin. menjadi rutin hariannya menolong emak dirumah.

gadis itu tidak lagi bermain2 dgn basikal dan berlari2 sekeliling taman tetapi gadis itu rindu juga ingin bermain seperti itu lagi.

gadis itu sekarang mula hirau dengan rupa parasnya. terkadang terbit rasa rendah diri kerana gadis itu cuma gadis biasa. tapi optimis gadis itu melebihi rendah diri. bagi gadis, setiap indvidu ada kelebihan tersendiri.

gadis mula faham corak kehidupan. sifat jujur dan polos budak comot susah utk diikuti selalu.
perlu ada pengelatan dalam hal itu. bukn bermakna gadis menjadi jahat tetapi sekadar mengikuti rentak. gadis masih di landasan yang betul.

menjadi gadis membuatkan dirinya x lagi bergaduh dgn budak lelaki, tidak lagi menjadi ketua geng budak comot. tidak lagi seksis

menjadi gadis sedikit demi sedikit ingin memahami dan merasai perasaan menyintai dan dicintai. tapi gadis x gelojoh dlm hal ini. gadis lebih menyerahkannya pada ALLAH.

gadis sekarang rindu akan budak comot itu. budak comot itu lah yang mengajar nya menjadi gadis.

wahai gadis, teruskan kaki kau melangkah ke hadapan.

teruskan cita-cita untuk mendidik anak bangsa.

sebab gadis bukan budak comot lagi....




out : pasar TM...

Monday, November 22, 2010

seharum kopi,seadun tepung, sepekat telur..

'bufday kau bersih tanpa gandum'

'ha'ah la.kn mggu pekse ni.jd mls nk kotor2'

ini lah antara kata-kata mereka yang sy dgr dr akim dan syirah mungkin juga ika. (kwn2 sy)..

owh..senyum..sy sgt suke ayt itu.selain dpt kek.sy x comot.

ketika itu sy dah mcm budak yg dpt aiskrim setelah baik dr semput(sgt teruja) dgn kek yg ade name sy di depan mata.namunnnn...

owhhh!!mereka sgt licik. ccair kopi tibe terasa diatas kepale tanpa sy sedari. dgn keadaan blur bagaikn mndpt pinangan org, mereka menambah adunan kopi itu dgn tepung yg diramas2 keats muka suci mlm itu. tidak puas lagi. mereka mengmbil telur dan menepuk nye diataskepala (x pe,x rase kurg ajr pun,x kisah..hii)..sy baru tersedar dr lamunan.ok Ainon!.,..ko kene tipu je..huah!!

saat itu, sy da x mampu utk mengelak.keadaannye sgt wangi.bagaikn kek kopi seakan brownis (ejaan btol x?)yg bantat di dlm oven serta basi ditingglkn seminggu berkulapuk didlmnya.
ok.sy redha!...tp dlm hati sy...

sy sgt gembira!

bersyukur kerana mereka masih mengingati bufdy sy.

sayang saya pada mereka sgtttttttt lah syg..'syg syg syg..kau sudah berpunya'(nyanyian alip aziz)

SAYANG KAMU SEMUA!....
syahirah
nabila
akim
nani
ika bani
roby a.ka. rahmat
dayah nadia
nain
mat yen (syg la jugak)...hihi

smpi aq pencen jadi pengetua aq x akn lupa kn korg.hihih


peristiwa : perayaan hari lahir Ainon Jahirah
tempat : tepi sg KHAR,bwh umh seni
masa : 12.00 mlm - 1.15 pg
peserta : syahirah,ika bani,akim,nani,nain,daya,nadia,nabila,mat yen dan rahmat

bukti-bukti kejadian...


lihatlah nadia dan nabila yg sangat mengerti muka mereka pada malam itu.owh..abg botak juga ye!~

lihat keadaan ini.dimana aq sgt leka...ceh konon bergmbar spt tiade ape yg akn berlaku.namun mereka dah bersedia dgn tepung+kopi+telur ats pale sy...mcm ne la leh x pasan...huk huk...

kek yg saya SANGAT SUKA!....hihi..tu tu..ade name sy..hihi

selepas itu..dgn gaya Dr.Romzey.....semua boleh!yeah....lihat sy dah bertepung-tepungan~
(owh nani gud2 ye....)


ok..inilah pengarah program nya...dan peserta2 yg terlibat tetapi tiade digmbr..harap anda maklum.. (tersenyum jht)

bak kata pepatah melayu 'ada ubi ada batas, ada hari sy balas..eheh..sedang kan tempat jatuh lagi dikenang inikan pula mereka...hehehe..

ape pun....hahahahahahaha....uhuk uhuk....(ketawa jahat)...sy sgt sgt sgt hepy..

out 9.30..stdy
1. trimas pade yg ucap selamat pada sy
2. org pling awl ucap selamat pd sy pada ptg 22 Nov (ikot mase islm sy da lahir)..iaitu EMAK la.
3. haip!!....pekse lum hbis..back to the exam mood..stdy yok!

syukur syukur syukur..

alhamdulillah.

sampai sudah Tanjung Malim akhirnya. MySpace

alhamdulillah.

dah lepas satu kertas.owh.sgt suke. MySpace

tapi ada lagi satu kertas. MySpace

alhamdulillah.

sepupu sy menamatkan zaman bujangnye.

tahniah ye. MySpace

alhamdulillah.

Adik sy Ainon Sahirah dapat 5A dlm UPSR.

tepuk tepuk..... MySpace

alhamdulillah syukur...


1.ainon sila bace buku sej eropah ye.
2.jgn lupe mkn mlm.
3.hihi...da nk 21 taun.

Wednesday, November 17, 2010

MARAH!!!!!!

ok..da lame x marah2.

MySpace

mcm jadah!suka hati je nk marah2 orang.

MySpace

kire untung aq kemas.klu aq buang ke.nyorok kn ke.

MySpace

kire bagus aq x bising2 dgn perilaku yg lain.

MySpace

mentang2 aq kecik.suke hati nk tuduh2 aq x hormat!

MySpace

silap sikit!..aq lebih phm maksud hormat la!...

berubah lah kepada yang baik!.... MySpace


out utk bace buku
1. nnt nk stay kat tanjung malim lame2
2. biar la..tgok sape yg mtk maaf dulu
3. gerammmmmm...sedihhhh...
4. bodoh!
5. ya ALLAH...istighfar ainon

Raya Haji itu Raya Korban~

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

semesej mesej yg sy terima semasa raya.agak sengal.

"di suatu hari yang ceria,

ayam lari bertempiaran

kambing buat2 gila

unta relax sahaja

lembu mengamuk x tentu pasal

babi tersenyum sambil berkata :nasib baik aku x masuk islam"

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...."


hehe...BABI tu bodoh sbnrnye x nk msuk islam..(ada ke mcm tu?)

stahu dan seigt ape yg diajar ustazah sy mase skolah agame dulu

haiwan yg dikorban mase raya korban,akn menjadi tungangan kite ketika nak ke Syurga dan

haiwan ni dijamin masuk syurga..kalau sy khilaf sy mintak maaf la ye..

ape pun..hari raya korban bukn stakat korban lembu sahaja,tp kite juge perlu berkorban

tenaga,masa,dan diri kita untuk sesuatu yang baik dan mendtgkan manfaat pada agama,bangsa

dan negara..semoga kite lebih menjadi yg lebih berguna pada masa hadapan..aminn...




out utk mkn tghr dgn dging korbn
1. semoga parents Aien dan Fariezuan di Mekah dpt pulang ke tnh air dgn slmt
2. semoga Tabung haji luluskan permohonan bpk ngn mak nak ke MEKah..(tahun dpn mintaknye..aminn...)
3. Moga mereka dpt Haji yg Mabrur~...

Thursday, November 11, 2010

bile dunia makin canggih?

owh!.......
sy berasa agak lega akhirnya.
kenapa?.hmm.setelah berhempas pulas selama 2 hari.
akhirnyaaaaa dpt juga menebus masuk sistem mysis untuk mendaftar subjek sem depan.
ye ye!ade kelas.ok x de lg kate2 dr status fb "ok..saya satu kelas je sem depan..yeah!.mcm sampah!" (mcm knal?..hmm)

TAHNIAH utk saya...(tepuk! tepuk!)


tahukah anda.?
apabila kecanggihan sudah meleluasa sememangnya ia menyenangkan manusia
tapi tahukah anda juga ia juga MENYUSAHKAN manusia.
sebab.....konon nk canggih tapi tiada kemahiran yg secukupnya untuk mengawal sesuatu benda yg canggih itu ia akan jadi sgt TEROK...maka akan jadilah seperti kami yang x tidur hampir 2 hari bagi melakasanakan tugas sebagai pelajar (ceh!) utk isi mende alah ni saje (lihat bwh)


maaf kecik sgt. lepastu bile "die" meloading membuatkan kami tension dan berdebar seperti ini (lihat bwh)

(itu saya! mmg mcm..buku lg.system eror lg.dgn x tdo lg..hak!)


tapi bile kami dapat. kami akan gembira mcm...pergh!x tau ah nk ckp pe...feel free(huahhh!!)


.....................................siaran putus...........................................


ok!..walaupun rase mcm gembira.tp tahu x.?!
hello!sume!..final exam lum start lg..just around da corner k! (damn~).
mood kembali normal. hormon excited disedut balik (btol ke?).
kembali kepada buku..buku..buku..buku..buku..ohhhh!!!!...buku....

out for tido. bukn bace buku. (3.07 a.m)
1.igt esok pagi2 packing brg.htr kazen kawen
2.jgn lupe bwk buku seni mgrg.bace dlm kete sms x dsuruh drive.
3.sedar diri weyh!..heheh